Friday 4 April 2014

Mesyuarat Kurikulum Daerah yang berjaya

4 April 2014 Bilik Semelur SMK Lohan, telah berlangsung Mesyuarat Kurikulum Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (PPD Ranau) yang gilang gemilang apabila turut serta dihadiri oleh Hj. Harith Hj. Idrus Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan, Sektor Pengurusan Akademik mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sabah pada hari ini. Sepanjang mesyuarat pada kali ini pelbagai elemen akademik telah disampaikan terus kepada Pengetua Guru Besar (PGB) STEM, TIMSS dan PISA, Analisis keputusan SPM, Program I THINGS, Program penutur jati serta perbincangan fokus Unit Pengurusan Akademik (UPA)

Sepanjang perjalanan mesyuarat pengerusi mesyuarat yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Pn. Siti Hamni Hasyim telah banyak menyentuh mengenai konsep PDCA dalam pelaksanaan program kecemerlangan akademik di semua peringkat pendidikan. Pada mesyuarat kali ini PPD telah melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian SPM pada tahun 2013 yang mencapai GPD 5.26 berbanding 5.44 pada tahun sebelumnya. Analisis SPM 2013 yang disampaikan oleh Pegawai Meja PBS Pn. Caesarima Yuman menyebutkan lonjakan terbaik GPS kali ini berlaku kepada SMA Irsyadiah Marakau, Ranau serta diukuti oleh SMK Timbua dengan masing-masing lonjakan 0.86 dan 0.65. Respon daripada Pengetua pada kedua sekolah ini menyatakan program yang dilakukan di sekolah perlu konsisten dengan matlamat sekolah. Menurut Pengetua SMA Irsyadiah Cik Nuridah Bte Amit pengorbanan daripada semua warga sekolah sangat mempengaruhi prestasi sekolahnya. Sambil memuji komitmen para gurunya Cik Nuridah Bte Amit mendapat tepukan gemuruh daripada peserta mesyuarat dengan penjelasan beliou yang sangat memberikan inspirasi kepada peserta yang lain.

 Mesyuarat kali ini turut diselitkan dengan acara mencari wang syiling oleh Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan En. Amran Chin bagi memecahkan kelusuan para peserta mesyuarat setelah seharian duduk sambil bermesyuarat. Beliou menyampaikan agenda fokus UPA dan menyelitkan sedikit pelan tektikal dalam Perancangan Strategik Akademik PPD Ranau 2012-2014. Agenda SAPS telah disampaikan sendiri oleh Hj. Harith Hj. Idrus sehingga beberapa dapatan analisis SAPS 2013 telah juga dipaparkan sehingga peserta mesyuarat sedikit tergamam apabila melihat dapatan yang telah diterangkan. Secara keseluruhannya perjalanan mesyuarat telah berjalan dengan baik dan dapatan mendapati baik penganjur ataupun peserta telah banyak memberikan kebaikan dalam majlis kali ini. Di pihak PPD Ranau, input bernas serta usaha penambahbaikan telah berjaya dicatat dengan jayanya oleh En.  Salleh Pegawai Fasilinus PPD Ranau sebagai rujukan PPD Ranau kelak. Mesyuarat kurikulum Daerah akhirnya menutup tirainya dengan jamuan nasi ayam yang lazat yang telah di usahakan oleh Pn. Lisah Hamrie dan juga En. Chan Yuk Kong, sambil di perhatikan oleh En Razali Pengawai fasilinus BI PPD Ranau .















No comments:

Paparan Popular