Friday 21 September 2012

PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN SEKOLAH MENENGAH

Berdasarkan perbincangan permufakatan PK1 serta perbincangan Guru-guru Cemerlang, UPA PPD Ranau sepakat untuk bekerjasama dalam merealisasikan pelaksanaan peperiksaan setara akhir tahun bagi tingkatan 2 dan tingkatan 4 sahaja bagi sekolah menengah.

Berikut adalah ketetapan bagi hal tersebut:

1. Semua pihak sedia maklum bahawa wujud informasi daripada JPN Sabah dan KPM mengenai Peperiksaan Setara tidak digalakkan. Namun hasil permufakatan beberapa pihak telah bersetuju mengenai rasional positif mewujudkan peperiksaan setara pada kali ini.
2. Rasional pelaksanaan peperiksaan setara adalah  nilai TOV kedua tingkatan ini dapat diselaraskan dan wujud unsur standardisasi.
3. Selain itu, bagi M.P seperti sejarah, Mesyuarat Unit Kajian Kemasyarakatan Peringkat Negeri Sabah (mesyuarat UKK Bil1/2012) juga mencadangkan agar orientasi kertas 3 sejarah SPM perlu disetarakan agar guru-guru di daerah masing-masing berpeluang membengkelkan penyediaan kertas 3 ini. Dengan harapan berlaku penambahbaikan dalam sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan secara positif dengan kekuatan yang ada di daerah sendiri dapat digunakan secara maksimum.
4. Selain itu, UPA PPD Ranau mengambil langkah positif dengan menyisipkan tugasan penyetaraan penggubalan RPT agar  digunakan secara maksimum dan menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan soalan setara. Selain itu takwim kurikulum daerah dapat diperkemaskan lagi selaras dengan pelbagai aktiviti sedia dan di peringkat sekolah. kesannya sudah tentu beberapa program dapat diupayakan untuk dilaksanakan secara bersama. Selain itu impaknya nanti sudah tentu aspek perbincangan lanjut dapat diwujudkan bagi menyelaras program daerah ke arah perancangan seawal mungkin kelak.
5.Dalam proses penyediaan soalan tersebut juga, aspek JSU, perkongsian ilmu, pemantapan profesionalisme sudah tentu akan berkembang dalam kalangan guru-guru.

Cabaran dan keupayaan kolaborasi mengatasi isu

1. Wujud keadaan dimana tarikh penting tidak dapat dipatuhi oleh penggubal soalan.Cadangan mengatasi, jadual akan diterbitkan seawal mungkin. harapannya agar sekolah dapat menyediakan soalan dengan kadar segara menggunakan soalan sedia ada di Bank Soalan oleh setiap ketua panitia.
2. Terdapat sekolah yang tidak dapat mengguna pakai jadual setara kerana kekangan  takwim sekolah yang terlalu padat.Cadangan mengatasi isu ini, sekolah diminta menyelaras jadual di peringkat sekolah agar hanya M.P elektif didahulukan terlebih dahulu.
3. Dalam aspek penyediaan RPT, beberapa sekolah berkemungkinan besar perlu mengubah operasional takwim tahunan  kurikulum sekolah . Cadangan mengatasi,penyesuaian tarikh dapat diusahakan kerana RPT akan cuba diedarkan ke sekolah sebelum bulan  November 2012.
4. Masalah teknikal lainnya perlu dikemukakan kepada UPA PPD Ranau agar muhasabah positif tercapai

Berikut adalah ketetapan mengenai pembahagian tugasan yang telah dipersetujui:
Tugasan:
1. Penggubalan soalan setara tingkatan 2 dan 4. (bergantung ketetapan penyelaras)
2. Penggubalan RPT bangi tingkatan 2 dan 4 sahaja

Catatan:
1. Tarikh akhir penghantaran bagi set soalan setara adalah pada : 20 September 2012 
(dilanjutkan sehingga 25 Sepember 2012)
2. Tarikh akhir penghantaran RPT oleh penggubal RPT adalah pada  1 oktober 2012

Pegawai Meja yang menerima set soalan dan RPT di PPD Ranau adalah seperti berikut.
soalan daripada Bidang Bahasa: En. Jeafry Goh
soalan daripada Bidang Sains dan Matematik : En. Nazarius Yulip
soalan daripada Bidang Kemanusiaan (Sains Sosial) : En. Amran Chin
soalan daripada Bidang Pend. Islam : En. Amran Chin
soalan daripada Bidang Teknik dan Vokasional: En. Amran Chin

(sila hantar set soalan yang telah lengkap dan sifar ralat dalam bentuk hardcopy dan softcopy-burn CD Sahaja)

sumber: Helaian minit mesyuarat guru cemerlang bil 2 tahun 2012


Jadual Peperiksaan Setara Akhir Tahun 

Penyediaan jadual tingkatan 2: En. Katom 


Penyedia jadual tingkatan 4: En Jhony


Catatan: Tempoh semakan kesesuaian jadual diberikan sehingga 26 September 2012. Selepas tarikh ini, jadual peperiksaan adalah amat tidak digalakkan.



No comments:

Paparan Popular