Saturday 29 September 2012

Penyelaras Soalan Setara 2012 Sek Men.

UPA PPD Ranau ingin mengucapan terima kasih kepada penyelaras soalan setara bagi tingkatan 2 dan tingkatan 4 bagi tahun 2012.

Jika masih ada penyumbang soalan setara yang ingin menambah/menyelesaikan soalan setara tersebut adalah amat dialu-alukan.

anda boleh berbuat demikian dengan mengemailkan soalan tersebut ke email ac

salam hormat dan terima kasih

ac

Thursday 27 September 2012

EDARAN SET SOALAN SETARA SEK MEN TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4

Adalah dimaklumkan, set soalan yang telah diapungkan kini tidak boleh dimuat turun melalui blog ini.
Bagi mendapatkan soalan tersebut berikut 2 langkah bagi mendapatkannya:

Pilihan langkah 1:
1. SMSkan email, Nama Lengkap dan Nama Sekolah  anda ke HP ac.
2. Maklumat yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

**catatan:
sila gunakan kod soalan berikut bagi mendapatkan secara online:
rujukan set soalan yang diapungkan.
1. Bahasa Inggeris tingakatan 2 -  bi,upa
2. KHB pilihan 2 tingkatan 2 -       khb,upa2
3. KHB pilihan 3 tingkatan 2 -       khb,upa3
4. KHB pilihan 4 tingkatan 2-        khb,upa4
5. KHB pilihan 1 tingkatan 2-        khb,upa1
6. Geografi tingkatan 2 -               geo,upa2


Pilihan langkah 2:
1. Datang sendiri ke PPD (bangunan lama)-UPA bagi mendapatkan soalan tersebut.
2. Bawa bersama pendrive atau CD kosong sahaja


Rasional penamatan muat turun set soalan:
kerasiaan soalan dari pihak yang tidak sepatutnya.

salam hormat
ac

Tuesday 25 September 2012

Status Pengambilan Set Soalan Setara Sek Men 2012

1. SMK Ranau- sudah ambil-rujukan 019-8971944
2. SMK Mat Salleh - sudah ambil - 019-5873788
3. SMK Bundu Tuhan - sudah ambil - 019-8953754
4. SMK A Mohd Ali - sudah ambil- 013-8631045
5. SMK Matupang Jaya - sudah ambil - 019-5828947
6. SMA Al Irsyadian - sudah ambil - 012-2437450
7. SMK Timbua - sudah ambil- 012-8449743
8. SMK Lohan - sudah ambil - 0198956492
9. SMK Kundasang - belum ambil - 013-2032752
10. SMK Kemburongoh - belum ambil
11. SMK  Ulu Sugut - belum ambil

Agihan Set Soalan Setara Sek Men 2012

Sila maklum, Set Soalan boleh diambil mula hari ini.
Edaran adalah melalui CD

Sekolah perlu mengambil sendiri dan sebarang
pertanyaan mengenainya bolehlah
menghubungi pegawai meja
ac
013-8977330

catatan:

Mata Pelajaran berikut adalah soalan yang diterima selepas jam 8.00 pagi pada 25 September 2012.
soalan tersebut  tidak sempat di zipkan dalam cd edaran soalan setara.
Oleh sebab itu, mata pelajaran tersebut diapungkan
Pengapungan soalan ini bermaksud, sekolah boleh memilih untuk mengguna pakai soalan ini atau tidak.

rujukan set soalan yang diapungkan.
1. Bahasa Inggeris tingakatan 2 (terima 25 september 2012 - jam 12.00 tghr)
2. KHB pilihan 2 tingkatan 2 (terima 25 september 2012 - 1.00 ptg)
3. KHB pilihan 3 tingkatan 2 (terima 25 september 2012 - 1.00 ptg)
4. KHB pilihan 4 tingkatan 2 (terima 25 september 2012 - 1.00 ptg)
5. KHB pilihan 1 tingkatan 2 (terima 26 september 2012 - 12.00 tghr)



harap maklum

Monday 24 September 2012

Pengesahan Penerimaan Set soalan peperiksaan setara 2012 sekolah menengah

PENGESAHAN PENERIMAAN SOALAN PEPERIKSAAN SETARA
SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2012, JAM 8.38 PAGI



semua penggubal soalan adalah diharapkan dapat memberikan maklumat mengenai status
soalan setara mengikut mata pelajaran masing-masing kepada pegawai meja mengikut bidang
masing-masing.

edaran set soalan  akan dibuat pada masa terdekat.
cadangan adalah pada 25 september 2012.

harap maklum
ac

Friday 21 September 2012

Status e-Cerap online


Semakan SAPS percubaan SPM

Sila maklum tarikh akhir pengisian adalah pada 5 oktober 2012

Status sehingga 21 september 2012
masa 9.11 pm

salam hormat
ac

Catatan kepada Setiausahan SAPS Sekolah:
1. Selepas pengesahan markah dibuat, sila pastikan butang "proses markah "ditekan. ini membolehkan nilai GPS sekolah dapat dilihat diperingkat JPN dan KPM

SEMAKAN PENGESAHAN PENERIMAAN SET SOALAN SETARA DI UPA PPD RANAU SEKOLAH MENENGAH


SEMAKAN PENGESAHAN PENERIMAAN SET SOALAN SETARA DI UPA PPD RANAU

BAHASA MELAYU - SUDAH DITERIMA (TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4) - JGK

BAHASA INGGERIS -SUDAH DITERIMA  (TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4)-JGK

GEOGRAFI - SUDAH  DITERIMA  (TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4)-AC

SAINS - SUDAH DITERIMA ( TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4) -NY


CADANGAN TARIKH EDARAN SET SOALAN ADALAH PADA 1 OKTOBER 2012.
catatan:
1. Edaran set soalan hanya bergantung kepada bahan yang diterima oleh pihak UPA PPD Ranau sehingga 1 Oktober 2012 jam 8.00 pagi.
2. Set soalan yang tidak berjaya diterima pada tarikh dan masa di atas akan dianggap tidak termasuk di dalam peperiksaan setara. langkah ini membolehkan pihak sekolah sempat memperbanyak soalan yang di perolehi  dari bank soalan mengikut Ketua Panitia di sekolah masing-masing

harap maklum

salam hormat
ac

PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN SEKOLAH MENENGAH

Berdasarkan perbincangan permufakatan PK1 serta perbincangan Guru-guru Cemerlang, UPA PPD Ranau sepakat untuk bekerjasama dalam merealisasikan pelaksanaan peperiksaan setara akhir tahun bagi tingkatan 2 dan tingkatan 4 sahaja bagi sekolah menengah.

Berikut adalah ketetapan bagi hal tersebut:

1. Semua pihak sedia maklum bahawa wujud informasi daripada JPN Sabah dan KPM mengenai Peperiksaan Setara tidak digalakkan. Namun hasil permufakatan beberapa pihak telah bersetuju mengenai rasional positif mewujudkan peperiksaan setara pada kali ini.
2. Rasional pelaksanaan peperiksaan setara adalah  nilai TOV kedua tingkatan ini dapat diselaraskan dan wujud unsur standardisasi.
3. Selain itu, bagi M.P seperti sejarah, Mesyuarat Unit Kajian Kemasyarakatan Peringkat Negeri Sabah (mesyuarat UKK Bil1/2012) juga mencadangkan agar orientasi kertas 3 sejarah SPM perlu disetarakan agar guru-guru di daerah masing-masing berpeluang membengkelkan penyediaan kertas 3 ini. Dengan harapan berlaku penambahbaikan dalam sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan secara positif dengan kekuatan yang ada di daerah sendiri dapat digunakan secara maksimum.
4. Selain itu, UPA PPD Ranau mengambil langkah positif dengan menyisipkan tugasan penyetaraan penggubalan RPT agar  digunakan secara maksimum dan menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan soalan setara. Selain itu takwim kurikulum daerah dapat diperkemaskan lagi selaras dengan pelbagai aktiviti sedia dan di peringkat sekolah. kesannya sudah tentu beberapa program dapat diupayakan untuk dilaksanakan secara bersama. Selain itu impaknya nanti sudah tentu aspek perbincangan lanjut dapat diwujudkan bagi menyelaras program daerah ke arah perancangan seawal mungkin kelak.
5.Dalam proses penyediaan soalan tersebut juga, aspek JSU, perkongsian ilmu, pemantapan profesionalisme sudah tentu akan berkembang dalam kalangan guru-guru.

Cabaran dan keupayaan kolaborasi mengatasi isu

1. Wujud keadaan dimana tarikh penting tidak dapat dipatuhi oleh penggubal soalan.Cadangan mengatasi, jadual akan diterbitkan seawal mungkin. harapannya agar sekolah dapat menyediakan soalan dengan kadar segara menggunakan soalan sedia ada di Bank Soalan oleh setiap ketua panitia.
2. Terdapat sekolah yang tidak dapat mengguna pakai jadual setara kerana kekangan  takwim sekolah yang terlalu padat.Cadangan mengatasi isu ini, sekolah diminta menyelaras jadual di peringkat sekolah agar hanya M.P elektif didahulukan terlebih dahulu.
3. Dalam aspek penyediaan RPT, beberapa sekolah berkemungkinan besar perlu mengubah operasional takwim tahunan  kurikulum sekolah . Cadangan mengatasi,penyesuaian tarikh dapat diusahakan kerana RPT akan cuba diedarkan ke sekolah sebelum bulan  November 2012.
4. Masalah teknikal lainnya perlu dikemukakan kepada UPA PPD Ranau agar muhasabah positif tercapai

Berikut adalah ketetapan mengenai pembahagian tugasan yang telah dipersetujui:
Tugasan:
1. Penggubalan soalan setara tingkatan 2 dan 4. (bergantung ketetapan penyelaras)
2. Penggubalan RPT bangi tingkatan 2 dan 4 sahaja

Catatan:
1. Tarikh akhir penghantaran bagi set soalan setara adalah pada : 20 September 2012 
(dilanjutkan sehingga 25 Sepember 2012)
2. Tarikh akhir penghantaran RPT oleh penggubal RPT adalah pada  1 oktober 2012

Pegawai Meja yang menerima set soalan dan RPT di PPD Ranau adalah seperti berikut.
soalan daripada Bidang Bahasa: En. Jeafry Goh
soalan daripada Bidang Sains dan Matematik : En. Nazarius Yulip
soalan daripada Bidang Kemanusiaan (Sains Sosial) : En. Amran Chin
soalan daripada Bidang Pend. Islam : En. Amran Chin
soalan daripada Bidang Teknik dan Vokasional: En. Amran Chin

(sila hantar set soalan yang telah lengkap dan sifar ralat dalam bentuk hardcopy dan softcopy-burn CD Sahaja)

sumber: Helaian minit mesyuarat guru cemerlang bil 2 tahun 2012


Jadual Peperiksaan Setara Akhir Tahun 

Penyediaan jadual tingkatan 2: En. Katom 


Penyedia jadual tingkatan 4: En Jhony


Catatan: Tempoh semakan kesesuaian jadual diberikan sehingga 26 September 2012. Selepas tarikh ini, jadual peperiksaan adalah amat tidak digalakkan.



Thursday 20 September 2012

Sunday 16 September 2012

SAPS Sek. Men.


Status Pengsian Percubaan SPM 2012
Tarikh: 16.9.2012
masa 2.26pm
tarikh tutup: klik me


..........................................................................................................................................................

Status Pengsian Percubaan SPM 2012
Tarikh: 12.9.2012
masa 10.05 Mlm


...................................................................................................................................................................
Final percubaan PMR 2012

catatan:
SUP SAPS bagi SMK Timbua dan SMK Mat Salleh diminta berhubung dengan pengawai meja SAPS PPD Ranau dengan kadar segera bagi membincang masalah teknikal pengisian SAPS.


Salam hormat
ac

...................................................................................................................................................................
Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 830 pagi
Catatan: Harap Pihak sekolah dapat melengkapkan pada hari ini.

...................................................................................................................................................................
Berikut adalah status pengsian SAPS bagi percubaan PMR bagi Daerah Ranau
update: 23 ogos 2012 jam 8.00 malam


...................................................................................................................................................................
Berikut adalah status pengsian SAPS bagi percubaan PMR bagi Daerah Ranau
update: 22 ogos 2012 jam 11.00 malam


...................................................................................................................................................................
Berikut adalah status pengsian SAPS bagi percubaan PMR bagi Daerah Ranau
update: 18 ogos 2012 jam 10.00 malam


...................................................................................................................................................................
Berikut adalah status pengsian SAPS bagi percubaan PMR bagi Daerah Ranau
tarikh akhir pengisian adalah pada 30 Ogos 2012 Masa semakan: 900 petang 14 Ogos 2012




............................................................................................................................................
Percubaan PMR 2012 (10.8.2012) QTR5.00 am

Instrumen Pemantauan Panitia

Borang Pemantauan Panitia
Muat Turun Sekarang

Semua Ketua-Ketua Panitia adalah digalakkan untuk membuat Pemantauan Kendiri dengan menggunakan instrumen tersebut.
Sila rujuk pentadbiran sekolah untuk mendapatkan bimbingan

PANDUAN PENCERAPAN DENGAN e-CERAP

Panduan dan Instrumen
Muat Turun Sekarang
    

 

Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran

Klik Me

Proses Penyelenggaraan Sistem e-Cerap

Maklumat terkini, sistem operasi e-Cerap dalam proses penyelenggaraan.
pengisian online tidak dapat dibuat sehingga ada maklumat diterima.

Bagi tindakan pihak sekolah, adalah (cadangan oleh PPD Ranau) pengisian
secara manual perlu diteruskan.

Sebagai kemusykilan mengenainya bolehlah dirujuk dengan pegawai meja
salam hormat
ac

Friday 7 September 2012

Difinisi, Jenis-Jenis, Dan Simptom-Simptom Stres


Difinisi, Jenis-Jenis, Dan Simptom-Simptom Stres
Oleh: Rozita M. Smith, MS, NCC, LPC, LAC (USA)
Episod 2

Definisi Stres
Ramai orang beranggapan bahawa stres itu adalah tekanan emosi dan mental terhadap individu yang sedang mengalami masalah. Pakar-pakar dalam psikolgi mempunyai definisi stres yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, tidak ada definisi yang tunggal untuk stres. Walaubagaimanapun, menurut Richard S Lazarus (Pakar Psikologi), stres adalah suatu keadaan di mana seseorang individu tersebut beranggapan bahawa tuntutan hidupnya melebihi kemampuannya. Apapun definisi anda, konsep yang lebih penting tentang stres adalah, tanggapan kita mengenainya. Anggapan kita terhadap perkara yang berlaku itu memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tindakbalas atau reaksi kita terhadap sesuatu keadaan tersebut. Bagaimana anggapan ini memainkan peranan penting akan dibincangkan lebih lanjut lagi dalam perbincangan akan datang.    

Jenis-Jenis Stres
Ada tiga jenis stres yang biasanya dialami oleh manusia: stres yang baik (good stress), stres yang kurang baik (bad stress), dan stres yang teruk (ugly stress). Stres yang baik dipanggil sebagai Eustress dan stres yang kurang baik dipanggil sebagai Distress.
Stres yang baik (good stress)
Stres yang dikatakan baik adalah stres yang dianggap positif. Sebagai contoh:
-        Stres seorang pelajar. Tuntutan sebagai seorang pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
-        Stres seorang guru. Tuntutan seorang guru untuk menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan ikhlas dan berdedikasi supaya bukan sahaja dia dianugerahkan pendidik yang cemerlang, tetapi juga dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
-        Stres seorang olahragawan. Tuntutan untuk berlatih bersungguh-sungguh supaya memenangi acara sukan dalam peringkat dunia.
-        Stres seorang gadis remaja yang terpaksa menahan selera makannya disebabkan individu tersebut ingin menjaga atau mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.
-        Stres untuk membeli kereta yang baru atau membina rumah yang baru.
-        Stres untuk persiapan perkahwinan
-        Stres untuk menjaga dan mendidik anak-anak sehingga ke menara gading
-        Dan banyak lagi.
Dengan kata yang lain, stres yang positif ini mendorong kita untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ataupun ianya membantu kita mengekalkan dan meningkatkan tahap keseimbangan hidup kita yang sudah ada.
Stres yang kurang baik (bad stress)
Stres yang dikatakan kurang baik adalah stres yang negatif. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
-        Perceraian
-        Hutang yang banyak
-        Masalah kesihatan
-        Konflik di tempat kerja
-        Pergaduhan/pertengkaran dalam rumahtangga atau keluarga
-        Pengangguran
-        Terlalu banyak angan-angan tetapi tidak mempunyai sumber yang cukup untuk memenuhi angan-angan tersebut / kurang modal
-        Dan banyak lagi
Jenis stres yang negatif seperti yang di atas ini adalah stres yang boleh dielakkan.
Stres yang teruk (ugly stress)
Stres yang dikategorikan sebagai teruk adalah stres yang tidak boleh dielakkan. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
-        Kematian
-        Bencana alam
-        Kemalangan yang bukan disebabkan oleh kelalaian diri sendiri
-        Penyakit yang bukan disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat
-        Penyakit yang diperolehi melalui genetik
-        Dan semua keadaan yang tidak boleh dikawal oleh diri sendiri atau manusia

Simptom Atau Tanda-Tanda Stres
Tanda-tanda seseorang itu mengalami stres boleh dilihat melalui beberapa aspek. Diantaranya adalah seperti yang berikut:
Fikiran (Cognitive Symptoms)
-        Masalah memori / mudah lupa
-        Masalah konsentrasi
-        Susah untuk membuat keputusan atau kurang bijak membuat keputusan
-        Cenderung berifkiran negatif
-        Selalu risau
-        Fikiran kacau atau terganggu
Emosi (Emotional Symptoms)
-        Mood kurang baik
-        Cepat marah / mudah tersinggung
-        Susah untuk relax
-        Merasa sangat tertekan
-        Kurang motivasi / tidak bersemangat
-        Kurang fokus
-        Merasa keseorangan dan terasing
-        Merasa sedih / tidak gembira
Fizikal (Physical Symptoms)
-        Sakit tubuh-badan tanpa sebab yang tertentu
-        Masalah “diarrhea” atau cirit-birit
-        Masalah “constipation” atau sembelit
-        Pening/sakit kepala dan rasa mual
-        Sakit dada dan degupan jantung yang cepat
-        Sakit perut atau perut kurang selesa
-        Masalah susah untuk tidur
-        Merasa selalu penat
-        perubahan dalam nafsu sex
-        Selalu demam
Tingkahlaku (Bahavioral Symptoms)
-        Kuat selera makan atau sebaliknya kurang selera makan
-        Tidur yang keterlaluan atau tidur yang kurang
-        Mengasingkan diri dari orang lain
-        Suka bertangguh atau mengabaikan tanggungjawab
-        Kemarahan yang tidak terkawal
-        Menggunakan alkohol, rokok, atau dadah untuk menenangkan fikiran
-        Tingkah laku yang cemas misalnya menggigit jari kuku, terburu-buru melakukan sesuatu perkara, dan banyak lagi perilaku yang cemas.
Diepisod yang akan datang, anda akan diberi peluang untuk menguji tahap stres anda dengan menggunakan alat ujian yang biasa digunakan oleh kaunselor ataupun pakar psikologi dalam perkhidmatan kaunseling.  

Paparan Popular