Tuesday 30 October 2012

SAPS TERKINI

Portal SAPS kini boleh digunakan seperti biasa
harap maklum

salam hormat
ac

Wednesday 24 October 2012

SAPS

GANGGUAN SISTEM SAPS

Sila maklum, server yang digunakan oleh portal SAPS sedang
menghadapi masalah ini menyebabkan sebarang aktiviti
didalamnya tidak dapat diakses.
Pihak PPD Ranau telah menghubungi HELPDESK SAPS
(pada 24 oktober 2012 / 8.25 pagi) 
pihaknya telah mengesahkan  telah
mengesahkan masalah tersebut berlaku.

Sekian dan harap maklum
salam hormat
ac

Saturday 13 October 2012

ANALISA PENCAPAIAN M.P BERDASARKAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012

BERIKUT HASIL ANALISIS M.P BERDASARKAN PENCAPAIAN PERCUBAAN SPM 2012
BAGI DAERAH RANAU.






Sebarang permintaan terhadap analisis M.P khusus boleh SMS kan kepada ac

salam hormat
ac

Tuesday 9 October 2012

Punca-Punca Stres


Punca-Punca Stres
Oleh: Rozita M. Smith, MS, NCC, LPC, LAC (USA)
Ep. 3

               Sebarang keadaan yang menyebabkan stres kepada seseorang itu adalah disebut “stressors”. Kita selalu berfikiran bahawa stressors adalah sesuatu yang negatif. Seperti yang telah saya bincangkan dalam episod sebelumnya bahawa ada stres yang negatif dan ada juga stres yang positif. Stressors adalah sebarang keadaan yang memberikan tuntutan atau memaksa seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut sama ada keadaan tersebut adalah positif ataupun negatif. Perbincangan berikutnya adalah mengenai punca-punca stres yang biasanya dihadapi oleh kebanyakan orang.  Saya akan memberikan beberapa contoh punca-punca stres secara external (faktor luaran) dan juga punca-punca stres secara internal (faktor dalam diri).

Punca-Punca Stres (External)

Major Life Changes
Sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu. Misalnya:
-        kematian dalam keluarga
-        kehilangan pekerjaan
-        akan berkahwin atau baru berkahwin
-        pindah ke tempat yang baru
-        mendapat pekerjaan yang baru
-        tiba-tiba mengidap penyakit yang sukar untuk dipulihkan
-        perceraian, dan sebagainya.
              
Work
Sebarang keadaan yang berkaitan dengan tempat kerja misalnya:
-        terlalu sibuk dengan kerja
-        terlalu banyak tanggungjawab
-        tidak menyukai pekerjaan tersebut
-        atau terlalu suka dengan pekerjaan tersebut sehingga menyebabkan masa digunakan lebih banyak di tempat kerja dan mengabaikan perkara yang lain
-        masalah dengan rakan sekerja
-        masalah dengan pihak atasan / masalah dengan boss
-        tuntutan kerja yang semakin meningkat
-        kurang kemahiran dalam mengendalikan seseuatu pekerjaan tersebut

Financial problems
Sebarang keadaan yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kewangan. Misalnya:
-        banyak hutang (hutang kredit kad, pinjaman untuk membeli kereta baru, rumah baru, belanja kawin, cincin emas, baju baru dan banyak lagi yang berkaitan dengan cara hidup yang lebih mewah dan trendy)
-        tidak mempunyai pekerjaan

Relationship difficulties
Sebarang keadaan yang menyebabkan masalah hubungan dengan orang lain termasuklah:
-        masalah hubungan dengan pasangan (suami-isteri)
-        masalah dengan ibu bapa
-        masalah dengan ibu bapa mertua
-        masalah dengan anak-anak
-        masalah dengan adik-beradik
-        masalah dengan keluarga terdekat
-        masalah dengan kawan
-        masalah dengan rakan sekerja
-        masalah dengan sesiapa sahaja

Children and family
Sebarang keadaan yang berkaitan dengan masalah keluarga dan anak-anak. Misalnya:
-        pertengkaran dikalangan suami isteri mengenai penggunaan wang dalam keluarga
-        pertengkaran dikalangan ibu bapa dan anak-anak mengenai peraturan di rumah atau anak tidak mendengar nasihat ibu bapa
-        cara mendidik anak yang berbeza di antara ibu dan bapa
-        pergaduhan di kalangan adik-beradik
-        ibu bapa tidak memberikan perhatian yang sama rata terhadap semua anak-anaknya atau dengan kata lain tidak adil
-        dan banyak lagi keadaan yang menimbulkan stres dikalangan keluarga 

Health problems
Sebarang keadaan yang berkaitan dengan masalah kesihatan sama ada diri sendiri ataupun dikalangan keluarga. Misalnya:
-        individu mengalami penyakit teruk (chronic) contohnya penyakit jantung, diabetes atau penyakit kencing manis, arthritis atau penyakit sendi, dan banyak lagi
-        penyakit dikalangan keluarga
-        menjaga ahli keluarga yang sakit
-        ponteng kerja disebabkan masalah kesihatan diri sendiri ataupun ahli keluarga
-        masalah kesihatan menimbulkan masalah kewangan  
-        dan banyak lagi

Punca-Punca Stres (Internal)

Lack of time management skills
Individu kurang bijak mengatur masa dan memberikan prioriti tugas yang mana perlu dilakukan terlebih dahulu. Ramai orang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan ataupun menyiapakan tugas yang diberikan kepadanya. Kenyataannya adalah, semua orang mempunyai 24 jam sehari, 365 hari dalam setahun. Kurangnya kemahiran pengurusan masa adalah salah satu punca stres yang paling biasa berlaku.
Lack of money management skills
Kurangnya kemahiran menguruskan sumber kewangan adalah punca yang paling tinggi menyebabkan seseorang itu mengalami stres. Mungkin ada yang berfikiran bahawa, bukannya tidak tahu menguruskan kewangan, tetapi wang itu yang tidak cukup. Ini hanyalah anggapan atau fikiran seseorang itu terhadap “wang” dengan mata yang kasar dipengaruhi oleh keinginan-keinginannya.  Sekiranya anda ditanya: berapakah jumlah kewangan yang cukup untuk anda hidup tanpa stres setiap bulan? Mungkin ada yang menjawab 10k, malah 1 juta. Kenyataannya, wang tidak pernah cukup untuk memuaskan nafsu keinginan anda untuk hidup mewah dan selesa. Pakar-pakar psikolgi mencadangkan bahawa keigninan manusia itu adalah infiniti ataupun tidak terhingga, meningkat dari masa ke semasa, dan berterusan. Tidak kira seberapa banyakpun jumlah kewangan anda, ianya tidak bermakna bahawa anda akan dapat memenuhi kesemua keinginan anda. Bak kata pepatah, besar-besar periuk, besar jugalah kerakknya. Maksudnya, semakin banyak wang, semakin banyak keinginannya, semakin tinggi jugalah tahap stres seseorang itu. Konsep yang paling penting adalah kemahiran menguruskan kewangan dalam memenuhi keperluan seharian dan bukan memenuhi keinginan seharian. Perbezaan diantara keperluan dan keinginan akan dibincangkan lebih lanjut lagi di episod berikutnya.

Inability to accept uncertainty
Seseorang yang kurang kemahiran menyesuaikan diri dalam keadaan-keadaan terntentu. Dengan kata yang lain, kurang fleksibel. Kurang fleksibel dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak menentu dalam kehidupan sehari-hari boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami stres disebabkan individu tersebut dituntut untuk menyesuaikan dirinya dalam sesuatu keadaan tertentu. Biasanya, individu akan mengalami stres dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan yang baru.

Pessimism
Seseorang yang terlalu pesimistik akan mudah mengalami masalah stres. Pesimistik adalah orang yang cenderung berfikiran negatif dan tidak memiliki rasa percaya pada diri sendiri serta cenderung melihat perkara yang buruk daripada melihat peluang yang baik apabila berada didalam sesuatu keadaan yang mencabar.  Sebagai contoh orang yang pesimistik adalah cenderung melihat dirinya kurang mampu melakukan sesuatu tugasan tertentu walaupun pada kenyataannya individu tersebut adalah berkebolehan dalam bidang tersebut.

Negative self-talk
Selalu berkata negatif terhadap diri sendiri adalah salah satu punca stres. Sebagai contoh adalah seseorang yang suka mengatakan dirinya seorang yang bodoh, kurang bijak, kurang mampu, kurang yakin dalam melakukan apa juga perkara, selalu beranggapan bahawa semua yang dibuatnya adalah salah oleh sebab itu individu tersebut berfikiran adalah lebih baik tidak melakukan apa-apa daripada melakukan banyak kesalahan.

Perfectionism
Perfectionist adalah seorang yang cenderung menginginkan sesuatu perkara tersebut berlaku seratus peratus sempurna ataupun seperti yang diinginkannya tanpa melakukan sebarang kesalahan atau kekurangan. Seseorang yang bersikap perfectionist ini cenderung mengalami tahap stres yang tinggi disebabkan individu tersebut tidak mudah puas hati dengan apa yang dilakukannya atau dimilikinya. Individu ini juga cenderung memiliki tuntutan yang tinggi terhadap orang lain yang seringkali menimbulkan masalah hubungan dengan orang lain.  Selain daripada itu, individu ini akan melakukan sesuatu perkara tersebut berulangkali sehinggalah mencapai tahap yang sempurna menurut kepuasaan dirinya sendiri tanpa mengira pendapat orang lain.  Dengan kata yang lain, seseorang yang bersikap perfectionist adalah individu yang tidak bertimbangrasa terhadap diri sendiri dan orang lain, dan menuntut semua perkara mestilah dilakukan menurut apa yang dianggapnya “sempurna”.

Unrealistic expectation
Unrealistic expectation adalah keadaan dimana seseorang itu memiliki angan-angan yang terlalu tinggi walaupun sumber untuk mencapai angan-angan tersebut adalah kurang atau malah tidak ada. Sebagai contoh, individu ingin berkahwin empat tetapi secara kewangan individu tersebut adalah tidak mampu menanggung empat isteri. Ataupun, seseorang ingin memiliki empat buah kereta baru dan dua buah rumah baru dalam masa setahun dengan gajinya sebagai guru di sekolah menengah. Angan-angan ini adalah baik, tetapi individu tersebut tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki kesemua benda tersebut dalam masa setahun dengan bersandarkan gaijnya sebagai guru. Keinginan yang keterlaluan boleh menyebabkan individu tersebut mengalami masalah stres. 

Lack of assertiveness
Seseorang yang kurang assertif adalah individu yang susah untuk mengatakan “No” kepada keadaan ataupun kepada orang lain. Sebagai contoh individu yang tidak mampu menolak rakan sekerjanya yang meminjam wang RM500 ringgit daripadanya walaupun merasa keberatan untuk meminjamkan wang tersebut. Contoh di tempat kerja adalah individu yang kurang atau tidak mampu menolak arahan boss nya apabila diarahkan bekerja sehingga malam dan hujung minggu walaupun individu tersebut tidak sepatutnya bekerja lebih masa. Individu yang kurang assertif biasanya akan mengalami stres dan seringkali menyimpan rasa marah malah dendam terhadap orang lain.

Egoism / double standard
Seseorang yang ego atau mengamalkan double standard adalah individu yang sukar untuk memberikan atau mengagihkan tanggugjawab kepada orang lain kerana individu tersebut menganggap dirinya sahaja yang berkebolehan ataupun mengganggap dirinya lebih baik/hebat daripada orang lain.  Akibatnya, individu tersebut akan melakukan kesemua tugasan tersebut tanpa meminta bantuan orang lain, dan akan mengalami stres kerana merasa terlalu banyak tanggungjawab. 

Procrastinator
Procrastinator adalah orang yang suka berlengah-lengah ataupun suka menangguhkan tugasannya hingga ke masa yang terakhir. Individu ini juga biasanya mengalami stres disebabkan semua hal dilakukan terburu-buru dan dalam masa yang singkat.

               Punca-punca stres adalah berbeza-beza diantara individu. Keadaan yang memberikan stres kepada seseorang itu belum tentu memberikan stres kepada orang lain. Sama ada sesuatu keadaan itu memberikan stres atau tidak adalah bergantung kepada bagaimana individu tersebut memandang atau menilai keadaan tersebut. Perkara yang paling penting adalah proses fikiran yang menentukan sama ada seseorang itu mengalami stres atau tidak apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan tertentu. Proses fikiran ini akan dibincangkan lebih lanjut lagi di episod yang akan datang.

               Episod berikutnya, saya akan membincangkan cara-cara untuk menguruskan stres dan juga akan memberikan peluang kepada para pembaca sekalian untuk menguji tahap stres anda dengan menggunakan alat screening yang biasanya digunakan oleh ahli-ahli psikologi ataupun kaunselor dalam bidang psikologi dan kaunseling. 

Wednesday 3 October 2012

Status Semakan Soalan Setara Sek Men 2012 (terkini)

Berikutan beberapa SMS yang diterima berikut kami cuba rangkumkan status peperiksaan setara sek men 2012 sehingga hari ini.

sila maklum bahawa, maklumat penambahan set soalan yang  diterima akan dimaklum sesegera yang mungkin. sila sms soalan yang dikehendaki melalui rujukan jadual di bawah.



salam hormat
ac

Paparan Popular