Monday 15 April 2013

STATUS SEMAKAN HARI TERAKHIR PENGISIAN SAPS UJIAN 1 TAHUN 2013 SR + SM

Berikut status terkini yang diperolehi daripada portal SAPS.
Semoga Pengetua/Guru Besar dan dibantu oleh penyelaras SAPS sekolah
dapat mengambil tindakan dalam kadar segera.

harap maklum



 salam hormat
ac

CATATAN PENTING.

Sehingga jam 1155pm (15.4.2013)  dikenal pasti 5 sekolah yang telah gagal menghijaukan SAPS ujian 1 tahun 2013 pada kali ini. sebagai perbandingan tahun lalu, iaitu pada PAT 2012, sekolah yang gagal menghijaukan SAPS adalah 9 buah sekolah.

Sebagai refleksi kepada semua, berikut masalah yang dihadapai oleh 5 buah sekolah tersebut.
1. ada penyelaras SAPS sekolah yang tidak menekan butan proses markah,
2. ada beberapa guru yang tidak mengisi markah dengan lengkap
    contohnya:  (jumlah pelajar 29 tetapi dia hanya mengisi 28)
3. wujud keadaan di mana penyelaras tidak memeriksa mata pelajaran teras tidak didaftarkan kepada mana-
    mana guru, sehingga beberapa mata pelajaran teras tidak tersenarai di dalam pengisian markah
4. ada juga keadaan di mana guru tidak pasti/keliru mata pelajarannya adalah mata pelajaran teras

Penambah baikan proses pengisian markah pada masa akan datang sangat diharapkan. Antara cadangan usaha yang akan dibuat pada masa akan datang adalah:
1. mengadakan bengkel latihan pengisian markah SAPS kepada sekolah terpilih
2. mengadakan bengkel teknik pelaporan data peperiksaan dalaman (untuk kegunaan post moterm
    peperiksaan dalaman di peringkat sekolah) - sila berhubung dengan pegawai meja jika ada penyelaras
    yang berminat untuk mengikuti bengkel ini. Cadangan pihak urus setia hanya membuka kepada 25 buah
    sekolah sahaja.
3. mengadakan bengkel pengisian SAPS bil 2 tahun 2013
4. menjemput beberapa penyelaras SAPS sekolah begi membincangkan pendakatan tepat dalam proses  
    tagihan markah daripada guru-guru
5. cadangan yang bersifat membina bagi pengisian SAPS pada masa akan datang sangat di alu-alukan.

sekian dan terima kasih
salam hormat



No comments:

Paparan Popular