Friday 7 September 2012

Difinisi, Jenis-Jenis, Dan Simptom-Simptom Stres


Difinisi, Jenis-Jenis, Dan Simptom-Simptom Stres
Oleh: Rozita M. Smith, MS, NCC, LPC, LAC (USA)
Episod 2

Definisi Stres
Ramai orang beranggapan bahawa stres itu adalah tekanan emosi dan mental terhadap individu yang sedang mengalami masalah. Pakar-pakar dalam psikolgi mempunyai definisi stres yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, tidak ada definisi yang tunggal untuk stres. Walaubagaimanapun, menurut Richard S Lazarus (Pakar Psikologi), stres adalah suatu keadaan di mana seseorang individu tersebut beranggapan bahawa tuntutan hidupnya melebihi kemampuannya. Apapun definisi anda, konsep yang lebih penting tentang stres adalah, tanggapan kita mengenainya. Anggapan kita terhadap perkara yang berlaku itu memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tindakbalas atau reaksi kita terhadap sesuatu keadaan tersebut. Bagaimana anggapan ini memainkan peranan penting akan dibincangkan lebih lanjut lagi dalam perbincangan akan datang.    

Jenis-Jenis Stres
Ada tiga jenis stres yang biasanya dialami oleh manusia: stres yang baik (good stress), stres yang kurang baik (bad stress), dan stres yang teruk (ugly stress). Stres yang baik dipanggil sebagai Eustress dan stres yang kurang baik dipanggil sebagai Distress.
Stres yang baik (good stress)
Stres yang dikatakan baik adalah stres yang dianggap positif. Sebagai contoh:
-        Stres seorang pelajar. Tuntutan sebagai seorang pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
-        Stres seorang guru. Tuntutan seorang guru untuk menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan ikhlas dan berdedikasi supaya bukan sahaja dia dianugerahkan pendidik yang cemerlang, tetapi juga dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
-        Stres seorang olahragawan. Tuntutan untuk berlatih bersungguh-sungguh supaya memenangi acara sukan dalam peringkat dunia.
-        Stres seorang gadis remaja yang terpaksa menahan selera makannya disebabkan individu tersebut ingin menjaga atau mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.
-        Stres untuk membeli kereta yang baru atau membina rumah yang baru.
-        Stres untuk persiapan perkahwinan
-        Stres untuk menjaga dan mendidik anak-anak sehingga ke menara gading
-        Dan banyak lagi.
Dengan kata yang lain, stres yang positif ini mendorong kita untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ataupun ianya membantu kita mengekalkan dan meningkatkan tahap keseimbangan hidup kita yang sudah ada.
Stres yang kurang baik (bad stress)
Stres yang dikatakan kurang baik adalah stres yang negatif. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
-        Perceraian
-        Hutang yang banyak
-        Masalah kesihatan
-        Konflik di tempat kerja
-        Pergaduhan/pertengkaran dalam rumahtangga atau keluarga
-        Pengangguran
-        Terlalu banyak angan-angan tetapi tidak mempunyai sumber yang cukup untuk memenuhi angan-angan tersebut / kurang modal
-        Dan banyak lagi
Jenis stres yang negatif seperti yang di atas ini adalah stres yang boleh dielakkan.
Stres yang teruk (ugly stress)
Stres yang dikategorikan sebagai teruk adalah stres yang tidak boleh dielakkan. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
-        Kematian
-        Bencana alam
-        Kemalangan yang bukan disebabkan oleh kelalaian diri sendiri
-        Penyakit yang bukan disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat
-        Penyakit yang diperolehi melalui genetik
-        Dan semua keadaan yang tidak boleh dikawal oleh diri sendiri atau manusia

Simptom Atau Tanda-Tanda Stres
Tanda-tanda seseorang itu mengalami stres boleh dilihat melalui beberapa aspek. Diantaranya adalah seperti yang berikut:
Fikiran (Cognitive Symptoms)
-        Masalah memori / mudah lupa
-        Masalah konsentrasi
-        Susah untuk membuat keputusan atau kurang bijak membuat keputusan
-        Cenderung berifkiran negatif
-        Selalu risau
-        Fikiran kacau atau terganggu
Emosi (Emotional Symptoms)
-        Mood kurang baik
-        Cepat marah / mudah tersinggung
-        Susah untuk relax
-        Merasa sangat tertekan
-        Kurang motivasi / tidak bersemangat
-        Kurang fokus
-        Merasa keseorangan dan terasing
-        Merasa sedih / tidak gembira
Fizikal (Physical Symptoms)
-        Sakit tubuh-badan tanpa sebab yang tertentu
-        Masalah “diarrhea” atau cirit-birit
-        Masalah “constipation” atau sembelit
-        Pening/sakit kepala dan rasa mual
-        Sakit dada dan degupan jantung yang cepat
-        Sakit perut atau perut kurang selesa
-        Masalah susah untuk tidur
-        Merasa selalu penat
-        perubahan dalam nafsu sex
-        Selalu demam
Tingkahlaku (Bahavioral Symptoms)
-        Kuat selera makan atau sebaliknya kurang selera makan
-        Tidur yang keterlaluan atau tidur yang kurang
-        Mengasingkan diri dari orang lain
-        Suka bertangguh atau mengabaikan tanggungjawab
-        Kemarahan yang tidak terkawal
-        Menggunakan alkohol, rokok, atau dadah untuk menenangkan fikiran
-        Tingkah laku yang cemas misalnya menggigit jari kuku, terburu-buru melakukan sesuatu perkara, dan banyak lagi perilaku yang cemas.
Diepisod yang akan datang, anda akan diberi peluang untuk menguji tahap stres anda dengan menggunakan alat ujian yang biasa digunakan oleh kaunselor ataupun pakar psikologi dalam perkhidmatan kaunseling.  

No comments:

Paparan Popular