Thursday 23 August 2012

Pengenalan: Perkongsian Positif


EKSKLUSIF DARI USA

Salam hormat,

Saya ingin memaparkan  suatu rencana khas untuk warga pendidik dan kepada semua pembaca amnya. Suatu aspek yang sangat menarik iaitu mengenai STRES.

Sebagai pengetahuan, Kupasan rencana ini dibuat sendiri oleh pakar dalam bidang ini. Oleh: Rozita M. Smith, MS, NCC, LPC, LAC (USA). Pihak UPA PPD Ranau telah berjaya menjalinkan M.O.U dengan pakar ini atas kapasiti beliau merupakan kenalan baik sewaktu menuntut di Unversiti suatu ketika dahulu.

UPA PPD Ranau akan berusaha membawakan beberapa episod khas mengenai stres dan harapannya adalah agar suatu kebaikan walau secebis kertas usang dapat dikongsikan kepada  semua. Amal ibadah jua kami harapkan pada akhirnya tanpa mengharapkan balasan. kita akan memperkenalkan pakar ini secara berperingkat melalui sisipan di atas rencana yang bakal diterbitkan kelas.

Seterusnya ulasan, komen, cadangan serta usaha penambahbaikan kami harapkan agar usaha murni ini mendapat sokongan daripada pembaca khasnya kepada warga pendidik khususnya di daerah Ranau.


Salam hormat
ac
amranchin@gmail.com

Paparan Popular