Thursday 29 September 2011

FORMAT KEPERLUAN ANALISIS PEPERIKSAAN

salam untuk semua setiausaha peperiksaan di seluruh daerah Ranau

beberapa maklumat baru telah UPA PPD Ranau terima daripada  pihak
SPA KK (Sektor Pengurusan Akademik kota Kinabalu). Oleh itu bebrapa
pemakluman perlu dihebahkan dengan kadar segera mengenai hal di atas.

1. Format analisis markah perlu disediakan dalam dua format yang berlainan.
    (FORMAT 1)
    Rasional: Pihak yang berkepentingan mengenai Excel telah menyediakan
                     tapak yang spesifik mengenai soalan Excel.
    Tindakan: Oleh itu Semua sekolah (Setiausaha peperiksaan perlulan
                       menggunakan format yang sedia ada seperti dalam cd excel)
                       Format tersebut sudah ada dan terkandung di 
                      dalam cd  Excel. Jika ingin mendapatkan kepastian sila rujuk
                      UPA PPD Ranau

   (FORMAT 2)
   Rasional: a) Berikutan pelaksanaan NKRA, maka format ke-2 telah
                         dikeluarkan spesifik mengenai  hal-hal  pelaporan secara
                         keseluruhan M.P
                    b) Pihak yang memproses analisis tersebut adalah pihak yang
                         berlainan dengan FORMAT 1

   TINDAKAN: Format 2 ini bolehlah diperolehi daripada portal SPA KK
                           di bahagian MUAT TURUN atau menghubungi UPA bagi
                           mendapatkan kepastian. Atau pihak sekolah boleh juga
                           mendapatkan FORMAT 2 daripada Blog UPA PPD Ranau.

  CATATAN: FORMAT 2, itu sebenarnya telah kita gunakan untuk
                         pelaporan yang dikemukakan kepada UPA PPD Ranau
                         bagi Tahun ini.

2. Sebagai tambahan Sistem SAPS juga telah diumumkan pengisian wajib kepada
    semua warga  pendidik. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu lebih peka
    dengan sebarang perubahan yang berlaku pada masa sekarang ini.

3. Semangat waja serta semangat cintakan anak didik kita seharusnya menjadi
    pembakar semangat di dalam menyahut cabaran perubahan di era globalisasi ini.

semoga beberapa notis penting ini dapat di war-warkan kepada semua warga pendidik. sungguhpun begitu, kita faham dan kita maklum mengenai sebarang lontaran pendapat
mengenai hal ini.

sekian dan harap maklum

UPA PPD Ranau

No comments:

Paparan Popular