Punca-Punca Stres
Oleh: Rozita M. Smith, MS,
NCC, LPC, LAC (USA)
Ep. 3
Sebarang keadaan yang menyebabkan stres
kepada seseorang itu adalah disebut “stressors”. Kita selalu berfikiran bahawa stressors adalah sesuatu yang negatif.
Seperti yang telah saya bincangkan dalam episod sebelumnya bahawa ada stres
yang negatif dan ada juga stres yang positif. Stressors adalah sebarang keadaan yang memberikan tuntutan atau
memaksa seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut sama ada
keadaan tersebut adalah positif ataupun negatif. Perbincangan berikutnya adalah
mengenai punca-punca stres yang biasanya dihadapi oleh kebanyakan orang. Saya akan memberikan beberapa contoh
punca-punca stres secara external (faktor luaran) dan juga punca-punca stres
secara internal (faktor dalam diri).
Punca-Punca Stres (External)
Major Life Changes
Sebarang perubahan
yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu. Misalnya:
-
kematian dalam keluarga
-
kehilangan pekerjaan
-
akan berkahwin atau baru
berkahwin
-
pindah ke tempat yang baru
-
mendapat pekerjaan yang
baru
-
tiba-tiba mengidap penyakit
yang sukar untuk dipulihkan
-
perceraian, dan sebagainya.
Work
Sebarang keadaan
yang berkaitan dengan tempat kerja misalnya:
-
terlalu sibuk dengan kerja
-
terlalu banyak
tanggungjawab
-
tidak menyukai pekerjaan
tersebut
-
atau terlalu suka dengan
pekerjaan tersebut sehingga menyebabkan masa digunakan lebih banyak di tempat
kerja dan mengabaikan perkara yang lain
-
masalah dengan rakan
sekerja
-
masalah dengan pihak atasan
/ masalah dengan boss
-
tuntutan kerja yang semakin
meningkat
-
kurang kemahiran dalam
mengendalikan seseuatu pekerjaan tersebut
Financial problems
Sebarang keadaan
yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kewangan. Misalnya:
-
banyak hutang (hutang
kredit kad, pinjaman untuk membeli kereta baru, rumah baru, belanja kawin,
cincin emas, baju baru dan banyak lagi yang berkaitan dengan cara hidup yang
lebih mewah dan trendy)
-
tidak mempunyai pekerjaan
Relationship
difficulties
Sebarang keadaan
yang menyebabkan masalah hubungan dengan orang lain termasuklah:
-
masalah hubungan dengan
pasangan (suami-isteri)
-
masalah dengan ibu bapa
-
masalah dengan ibu bapa
mertua
-
masalah dengan anak-anak
-
masalah dengan adik-beradik
-
masalah dengan keluarga
terdekat
-
masalah dengan kawan
-
masalah dengan rakan sekerja
-
masalah dengan sesiapa
sahaja
Children and family
Sebarang keadaan
yang berkaitan dengan masalah keluarga dan anak-anak. Misalnya:
-
pertengkaran dikalangan
suami isteri mengenai penggunaan wang dalam keluarga
-
pertengkaran dikalangan ibu
bapa dan anak-anak mengenai peraturan di rumah atau anak tidak mendengar
nasihat ibu bapa
-
cara mendidik anak yang
berbeza di antara ibu dan bapa
-
pergaduhan di kalangan
adik-beradik
-
ibu bapa tidak memberikan
perhatian yang sama rata terhadap semua anak-anaknya atau dengan kata lain
tidak adil
-
dan banyak lagi keadaan
yang menimbulkan stres dikalangan keluarga
Health problems
Sebarang keadaan
yang berkaitan dengan masalah kesihatan sama ada diri sendiri ataupun
dikalangan keluarga. Misalnya:
-
individu mengalami penyakit
teruk (chronic) contohnya penyakit
jantung, diabetes atau penyakit
kencing manis, arthritis atau
penyakit sendi, dan banyak lagi
-
penyakit dikalangan
keluarga
-
menjaga ahli keluarga yang
sakit
-
ponteng kerja disebabkan
masalah kesihatan diri sendiri ataupun ahli keluarga
-
masalah kesihatan
menimbulkan masalah kewangan
-
dan banyak lagi
Punca-Punca Stres (Internal)
Lack of time
management skills
Individu kurang
bijak mengatur masa dan memberikan prioriti tugas yang mana perlu dilakukan
terlebih dahulu. Ramai orang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai masa
yang cukup untuk melaksanakan ataupun menyiapakan tugas yang diberikan
kepadanya. Kenyataannya adalah, semua orang mempunyai 24 jam sehari, 365 hari
dalam setahun. Kurangnya kemahiran pengurusan masa adalah salah satu punca
stres yang paling biasa berlaku.
Lack of money
management skills
Kurangnya kemahiran
menguruskan sumber kewangan adalah punca yang paling tinggi menyebabkan
seseorang itu mengalami stres. Mungkin ada yang berfikiran bahawa, bukannya
tidak tahu menguruskan kewangan, tetapi wang itu yang tidak cukup. Ini hanyalah
anggapan atau fikiran seseorang itu terhadap “wang” dengan mata yang kasar
dipengaruhi oleh keinginan-keinginannya.
Sekiranya anda ditanya: berapakah jumlah kewangan yang cukup untuk anda
hidup tanpa stres setiap bulan? Mungkin ada yang menjawab 10k, malah 1 juta.
Kenyataannya, wang tidak pernah cukup untuk memuaskan nafsu keinginan anda
untuk hidup mewah dan selesa. Pakar-pakar psikolgi mencadangkan bahawa
keigninan manusia itu adalah infiniti ataupun tidak terhingga, meningkat dari
masa ke semasa, dan berterusan. Tidak kira seberapa banyakpun jumlah kewangan
anda, ianya tidak bermakna bahawa anda akan dapat memenuhi kesemua keinginan
anda. Bak kata pepatah, besar-besar periuk, besar jugalah kerakknya. Maksudnya,
semakin banyak wang, semakin banyak keinginannya, semakin tinggi jugalah tahap
stres seseorang itu. Konsep yang paling penting adalah kemahiran menguruskan
kewangan dalam memenuhi keperluan seharian dan bukan memenuhi keinginan
seharian. Perbezaan diantara keperluan dan keinginan akan dibincangkan lebih
lanjut lagi di episod berikutnya.
Inability to accept
uncertainty
Seseorang yang
kurang kemahiran menyesuaikan diri dalam keadaan-keadaan terntentu. Dengan kata
yang lain, kurang fleksibel. Kurang fleksibel dalam menghadapi perkara-perkara
yang tidak menentu dalam kehidupan sehari-hari boleh mengakibatkan seseorang
itu mengalami stres disebabkan individu tersebut dituntut untuk menyesuaikan
dirinya dalam sesuatu keadaan tertentu. Biasanya, individu akan mengalami stres
dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan yang baru.
Pessimism
Seseorang yang
terlalu pesimistik akan mudah mengalami masalah stres. Pesimistik adalah orang
yang cenderung berfikiran negatif dan tidak memiliki rasa percaya pada diri
sendiri serta cenderung melihat perkara yang buruk daripada melihat peluang
yang baik apabila berada didalam sesuatu keadaan yang mencabar. Sebagai contoh orang yang pesimistik adalah
cenderung melihat dirinya kurang mampu melakukan sesuatu tugasan tertentu
walaupun pada kenyataannya individu tersebut adalah berkebolehan dalam bidang
tersebut.
Negative self-talk
Selalu berkata
negatif terhadap diri sendiri adalah salah satu punca stres. Sebagai contoh
adalah seseorang yang suka mengatakan dirinya seorang yang bodoh, kurang bijak,
kurang mampu, kurang yakin dalam melakukan apa juga perkara, selalu beranggapan
bahawa semua yang dibuatnya adalah salah oleh sebab itu individu tersebut berfikiran
adalah lebih baik tidak melakukan apa-apa daripada melakukan banyak kesalahan.
Perfectionism
Perfectionist adalah
seorang yang cenderung menginginkan sesuatu perkara tersebut berlaku seratus
peratus sempurna ataupun seperti yang diinginkannya tanpa melakukan sebarang
kesalahan atau kekurangan. Seseorang yang bersikap perfectionist ini cenderung
mengalami tahap stres yang tinggi disebabkan individu tersebut tidak mudah puas
hati dengan apa yang dilakukannya atau dimilikinya. Individu ini juga cenderung
memiliki tuntutan yang tinggi terhadap orang lain yang seringkali menimbulkan
masalah hubungan dengan orang lain.
Selain daripada itu, individu ini akan melakukan sesuatu perkara
tersebut berulangkali sehinggalah mencapai tahap yang sempurna menurut
kepuasaan dirinya sendiri tanpa mengira pendapat orang lain. Dengan kata yang lain, seseorang yang bersikap
perfectionist adalah individu yang tidak bertimbangrasa terhadap diri sendiri
dan orang lain, dan menuntut semua perkara mestilah dilakukan menurut apa yang
dianggapnya “sempurna”.
Unrealistic
expectation
Unrealistic
expectation adalah keadaan dimana seseorang itu memiliki angan-angan yang
terlalu tinggi walaupun sumber untuk mencapai angan-angan tersebut adalah
kurang atau malah tidak ada. Sebagai contoh, individu ingin berkahwin empat tetapi
secara kewangan individu tersebut adalah tidak mampu menanggung empat isteri.
Ataupun, seseorang ingin memiliki empat buah kereta baru dan dua buah rumah
baru dalam masa setahun dengan gajinya sebagai guru di sekolah menengah.
Angan-angan ini adalah baik, tetapi individu tersebut tidak mempunyai kemampuan
untuk memiliki kesemua benda tersebut dalam masa setahun dengan bersandarkan
gaijnya sebagai guru. Keinginan yang keterlaluan boleh menyebabkan individu
tersebut mengalami masalah stres.
Lack of assertiveness
Seseorang yang
kurang assertif adalah individu yang susah untuk mengatakan “No” kepada keadaan
ataupun kepada orang lain. Sebagai contoh individu yang tidak mampu menolak
rakan sekerjanya yang meminjam wang RM500 ringgit daripadanya walaupun merasa
keberatan untuk meminjamkan wang tersebut. Contoh di tempat kerja adalah individu
yang kurang atau tidak mampu menolak arahan boss nya apabila diarahkan bekerja
sehingga malam dan hujung minggu walaupun individu tersebut tidak sepatutnya
bekerja lebih masa. Individu yang kurang assertif biasanya akan mengalami stres
dan seringkali menyimpan rasa marah malah dendam terhadap orang lain.
Egoism / double
standard
Seseorang yang ego atau mengamalkan double standard adalah individu yang
sukar untuk memberikan atau mengagihkan tanggugjawab kepada orang lain kerana
individu tersebut menganggap dirinya sahaja yang berkebolehan ataupun
mengganggap dirinya lebih baik/hebat daripada orang lain. Akibatnya, individu tersebut akan melakukan
kesemua tugasan tersebut tanpa meminta bantuan orang lain, dan akan mengalami
stres kerana merasa terlalu banyak tanggungjawab.
Procrastinator
Procrastinator
adalah orang yang suka berlengah-lengah ataupun suka menangguhkan tugasannya
hingga ke masa yang terakhir. Individu ini juga biasanya mengalami stres
disebabkan semua hal dilakukan terburu-buru dan dalam masa yang singkat.
Punca-punca stres adalah
berbeza-beza diantara individu. Keadaan yang memberikan stres kepada seseorang
itu belum tentu memberikan stres kepada orang lain. Sama ada sesuatu keadaan
itu memberikan stres atau tidak adalah bergantung kepada bagaimana individu
tersebut memandang atau menilai keadaan tersebut. Perkara yang paling penting
adalah proses fikiran yang menentukan sama ada seseorang itu mengalami stres
atau tidak apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan tertentu. Proses fikiran
ini akan dibincangkan lebih lanjut lagi di episod yang akan datang.
Episod berikutnya, saya akan
membincangkan cara-cara untuk menguruskan stres dan juga akan memberikan
peluang kepada para pembaca sekalian untuk menguji tahap stres anda dengan
menggunakan alat screening yang biasanya digunakan oleh ahli-ahli psikologi
ataupun kaunselor dalam bidang psikologi dan kaunseling.
No comments:
Post a Comment