Salam Hormat,
Kehadiran para penerima anugerah yang menggalakkan amat kami hargai.
Terima kasih dengan sokongan padu warga pentadbiran sekolah atas kehadiran mereka.
Pelaksanaan majlis anugerah akademik cemerlang yang buat kali pertama dibuat ini sememangnya banyak cabaran serta kelemahan dipelbagai aspek. Unit Pengurusan Akademik Memohon maaf
untuk itu.
Borang maklum balas yang kami terima akan diambil perhatian sewajarnya. Sungguhpun peratus
lembaran yang kembali kepada UPA dalam jumlah yang minimum, kami tetap menghargainya.
Sentiasa proaktif dalam usaha penambahbaikan program, maka dengan itu kami masih membuka
ruang ulasan penambahbaikan daripada warga sekolah bagi tujuan tersebut. Sila emailkan kepada
kami mengenai hasrat tersebut ke upappdranau@blogspot.com
Akhirnya, kepada semua warga kerja program tersebut, ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kami berikan kepada anda. Khas buat seorang guru pada hari anugerah tersebut, Kami terharu dengan bantuan cikgu itu apabila cikgu sendiri turut bersama-sama kami menyediakan beberapa keperluan persiapan saat-saat akhir pada pagi tersebut. Ponsikow egu!
Sekian dan terima kasih
salam hormat
ac
Paparan Popular
-
Borang Pemantauan Panitia Muat Turun Sekarang Semua Ketua-Ketua Panitia adalah digalakkan untuk membuat Pemantauan Kendiri dengan menggu...
-
Panduan dan Instrumen Muat Turun Sekarang
-
Berdasarkan perbincangan permufakatan PK1 serta perbincangan Guru-guru Cemerlang, UPA PPD Ranau sepakat untuk bekerjasama dalam merealisasik...